Jurnal Ekonomi Pembangunan
Vol. 7, No. 2, Desember 2006, hal.185 – 202
Artikel ini merupakan bagian dari hasil penelitian yang bertajuk “Variabiliti Harga Relatif dan Inflasi di Malaysia” yang dibiayai oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM Malaysia

Zulkefly Abdul Karim & Norain Mod Asri, M. Farid Wajdi, Antoni
Fakultas Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakultas Ekonomi Universitas Muhammadiyah Surakarta
Fakultas Ekonomi Bung Hatta Padang

ABSTRACT
Di Malaysia, isu serakan dalam perletakan harga boleh diteliti antara wilayah Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) dengan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Dari segi sejarah, kedua-dua wilayah tersebut memang terpisah dari segi politik dan ekonomi sehingga tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memeriksa hubungan antara Indeks Harga Pengguna (IHP) di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan Indeks Harga Pengguna (IHP) di wilayah manakah yang menjadi peneraju atau pengikut. Jangka masa kajian bermula dari bulan Januari tahun 1970 hingga bulan Mac tahun 2005 yang melibatkan cerapan sebanyak 423 bulan. Kaedah ekonometrik siri masa telah diaplikasikan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan hubungan jangka panjang (kointegrasi) antara Indeks Harga Pengguna (IHP) mengikut wilayah di Malaysia. Dalam jangka panjang, didapati IHP di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) merupakan indeks harga peneraju, manakala IHP di Semenanjung Malaysia adalah indeks harga pengikut. Walau bagaimanapun, dalam jangka pendek didapati kewujudan hubungan sebab-menyebab dua hala di kalangan IHP mengikut wilayah (kecuali bagi kes Sabah dan Sarawak). Keputusan ujian penguraian varians pula menjelaskan bahawa IHP di Semenanjung Malaysia memberikan pengaruh yang besar dalam menerangkan variasi perubahan terhadap IHP di Sabah dan Sarawak. Hasil kajian ini telah memberikan beberapa implikasi kepada dasar kawalan harga yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal kestabilan harga.

full journal download here

0 comments:

Post a Comment